Make your own free website on Tripod.com
  Perisian Editor

24-05-2006

Home
Perisian
Komponen Utama
Elemen Rekabentuk
Pangkalan Data
Kegunaan Internet
Perisian Editor
Pelayar Dan Penyunting

 

       
        Bahasa gubahan atau bahasa pengarangan menyediakan perlatan atau pilihan menu, ikon dan sebagainya terus dari skrin yang membolehkan pengguna memasukkan unsur-unsur seperti teks, grafik, animasi ataupun menyediakan pilihan cabangan dan sebagainya. Semua kod aturcara yang memastikan komputer memahami setiap rahan yang diberikan dikendalikan secara dalaman oleh perisian bahasa gubahan tanpa memerlukan pengguna memikirkan logik arahan ataupun sintak aturcara yang diperlukan sepertimana bahasa pengaturcaraan.
       
        Semua perisian editor mempunyai satu kemasan yang utama iaitu kebolehan untuk membina pautan capaian atau hiperlink. Pembinaan hiperlink merupakan satu proses membina perkaitan atau perhubungan di antara dua atau lebih elemen atau objek di dalm sesebuah aplikasi.Contohnya satu perkataan atau ayat yang juga dinamakan hiperteks atau "hotword" yang apabila diaktifkan akan membawa pengguna ke skrin yang lain.
       
        Walaupun demikian, bagi membangunkan aplikasi yang lebih kompleks, bahasa gubahan juga menyediakan kemudahan pengaturcaraannya sendiri yang dinamakan bahasa skrip.

        Perisian editor menyediakan medan kerja yang diperlukan bagi membolehkan seseorang pembangun multimedia mengurus serta mengemaskini elemen-elemen bagi sesebuah projek multimedia. Ianya juga membantu seseorang pembangun perisian multimedia melaksanakan pelbagai tugas, antaranya:-
 

  • menghasilkan teks, grafik, serta animasi.
  • merekabentuk susunatur sesuatu skrin persembahan.
  • membina interaktif dan antaramuka pengguna
  • memasukkan unsur-unsur teks, audio, video, animai dan grafik.
  • membina putn capaian dan hiperteks.

        Perisian bahasa gubahan juga menyediakan persekitaran bersepadu bagi menghubungkan semua isi kandungan dan fungsi sebuah aplikasi yang ingin dibangunkan. Sistem gubahan biasanya menyediakan kemudahan bagi membina, mengemaskini serta mengimport pelbagai jenis data yang diperlukan. Ia juga menyediakan kemudahan membentuk struktur aliran perjalanan sesebuah aplikasi. Dengan perisian bahasa gubahan, kita boleh membina-

  • Produki Interaktif Video
  • Cakera Demo
  • Persembahan Elektronik
  • Aplikasi Interaktif Kiosk
  • Aplikasi Latihan / Pembelajaran yang Interaktif
  • Simulasi, Prototaip dan Visualisai Teknikal

        Perisian bahasa gubahan adalah berbeza antara satu sama lain dan setiap satunya menyediakan ciri-ciri yang tersendiri dan pelbagai. Cara penggunaan serta harga setiap satunya juga turut berbeza bergantung kepada kelebihan-kelebihan yang disediakan. Antara kriteria yang diperhatikan bagi pemilihan perisian bahasa gubahan:-

  • Pelantar atau platform yang digunakan bagi proses pembangunan dan mainbalik
  • kaedah penggunaan dan juga kemudahan menggunakannya
  • ciri-ciri (peralatan melukis, animasi dan bahasa pengaturcaraan
  • harga dan lsen penggunaan
  • kemudahan untuk dipelajari / dikuasai
  • kebolehan untuk disebarkan melalui internet

   

 

Home | Perisian | Komponen Utama | Elemen Rekabentuk | Pangkalan Data | Kegunaan Internet | Perisian Editor | Pelayar Dan Penyunting

This site was last updated 05/24/06