Make your own free website on Tripod.com
  Perisian

24-05-2006

Home
Perisian
Komponen Utama
Elemen Rekabentuk
Pangkalan Data
Kegunaan Internet
Perisian Editor
Pelayar Dan Penyunting

 


PERISIAN LAMAN WEB


       Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan bagi membangunkan sesebuah laman web. Pendekatan yang dipilih bergantung kepada faktor kewangan, keperluan, kemahiran serta penguasaan anda dalam memahami bahasa HTML. Perisian Editor HTML diperlukan bagi tujuan pembangunan dan ianya boleh diperolehi sama ada dengan percuma sehinggalah kepada ribuan ringgit Malaysia. Berikut merupakan di antara perisian Editor HTML yang boleh digunakan:

  • Microsoft FrontPage

  • Macromedia Homesite

  • Netscape Composer

  • Claris Homepage

  • Microsoft visual Interdav

  • Macromedia Dreamweaver

  • Hot Dog Profesional

  • Easy HTML

  • Word Pad atau Notepad

  • Hot Metal Pro


       Perisian-perisian tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza dalam proses membangunkan sesebuah halaman web. Ada yangmemerlukan kemahiran dalam menggunakan bahasa HTML dan ada pula beroperasi seperti mana perisian pemproses perkataan yang biasa. Kadar interaktiviti atau teknologi yang ingin digunakan di dalam sesebuah laman web juga mempengaruhi pemilihan perisian yang perlu digunakan. Terdapat perisian yang membolehkan teknologi dalam pembangunan laman web seperti JavaScript, Java Applets, Active Server Pages (ASP), PHP, JSP, Shockwave, Cascading Style Sheet dan sebagainya diintegrasikan dengan mudah dan begitu juga sebaliknya.Berikutnya dibincangkan beberapa kategori perisian Editor HTML yang boleh digunakan bagi tujuan pembangunan laman web.
 


PERISIAN EDITOR TEKS RINGKAS

       Perisian editor teks ringkas seperti notepad dan wordpad boleh digunakan dalam pembangunan sesebuah laman web. Namun demikian, anda memerlukan pengetahuan mendalam dalam bahasa HTML sekiranya bercadang untuk menggunakan perisian tersebut bagi tujuan pembangunan laman web. Perisian editor teks ringkas ini walaupun kurang digemari namum menjadi pilihan utama seseorang yang ingin mempunyai kuasa kawalan terhadap kod HTML yang akan digunakan bagi tujuan pembangunan sesebuah laman.



Perisian notepad dan kod HTML yang diunakan dalam pembangunan sesebuah
laman web.
 


PERISIAN BERASASKAN PEMPROSES PERKATAAN

       Bagi anda yang telah mempunya pengetahuan asas dalam mengendalikan perisian pemproses perkataan seperti Microsoft Word, Word Perfect dan sebagainya, membangunkan sebuah laman web menjadi semudah A, B, C. walaubagaimanapun dalam banyak keadaan, penggunaan perisian sedemikian tidak begitu digalakkan penggunaannya melainkan sekiranya anda benar-benar terdesak. Ini memandangkan terlalu banyak kekangan, kelemahan serta masalah yang akan timbul dalam proses pembangunan mahupun penyebaran laman web tersebut kelak. Ini sering berlaku khususnya apabila keperluan anda dalam menggunakan teknologi dalam pembangunan sesebuah laman web semakin meningkat.


Perisian Microsoft Word yang digunakan dalam pembangunan sebuah laman web.

 

PERISIAN BERASASKAN EDITOR TAG HTML


      Bagi pengguna yang berkemahiran dalam menggunakan kod atau HTML pula,
perisian pembangunan berasaskan editor tag HTML disediakan. Perisian dari kategori ini juga digemari bagi penggunan yang perlu menggunakan teknologi pengaturcaraan atau skrip dalam pembangunan sesebuah laman web secara optima.Perisian dari kategori ini memudahkan pengguna mengintegrasikan skrip seperti Javascript, ASP, PP, JSP, dan sebagainya dengan mudah dan berkesan.Macromedia Homesite dan Microsoft Visual Interdav merupakan antara contoh
perisian pembangunan laman web dari kategori ini.


Persekitaran kerja semasa mereka bentuk laman web menggunakan perisian
Macromedia Homesite.
 


Persekitaran kerja semasa mereka bentuk laman web menggunakan perisian
Microsoft Visual Interdev.

 

PERISIAN BERASASKAN  PENDEKATAN  WYSIWYG

       Bagi penguna yang baru berkecimpung dalam proses membangunkan laman web, perisian editor berasaskan konsep WYSIWYG (What You See Is What You Get) merupakan pilihan yang terbaik. Perisian dari kategori ini biasanya menggabungkan pendekatan dari perisian editor tag bersama-samam dengan pendekatan dari perisian pemproses perkataan yang biasa. Dalam erti kata lain, ianya menawarkan proses pembangunan yang mudah (seperti mana anda menggunakan perisian pemproses perkataan yang biasa) di samping menyediakan kuasa kawalan kepada tag HTML yang akan dihasilkan secara automatic oleh perisian tersebut.
        Selain dari itu, terdapat juga perisian dari kategori ini yang turut menyediakan kemudahan mengintegrasikan bahasa pengaturcaraan atau bahasa skrip dalam proses pembangunan. Ini menjadikan perisian seperti ini pilihan ramai masa kini. Antara perisian dari kategori ini yang popular ialah Microsoft FrontPage, Macromedia Dreamweaver dan NetObject Fusion.




Perisian Microsoft FrontPage semasa mod normal dan juga mod HTML

 

Microsoft Front Page XP

        Di dalam bahagian ini anda akan didedahkan cara untuk menghasilkan laman web
mengikut tema, reka letak maklumat dan gambar yang anda inginkan tanpa perlu
menggunakan kemudahan Web Site Template, Page Template dan Themes yang
disediakan oleh FrontPage.

 

 

Home | Perisian | Komponen Utama | Elemen Rekabentuk | Pangkalan Data | Kegunaan Internet | Perisian Editor | Pelayar Dan Penyunting

This site was last updated 05/24/06