Make your own free website on Tripod.com
  Pelayar Dan Penyunting

24-05-2006

Home
Perisian
Komponen Utama
Elemen Rekabentuk
Pangkalan Data
Kegunaan Internet
Perisian Editor
Pelayar Dan Penyunting

 


PELAYAR WEB (Web Browser).

Web Browser adalah perisian yang boleh digunakan untuk mencapai laman web. Seperti yang telah dinyatakan, mosaic adalah browser web yang pertama. Pada masa ini browser web yang banyak digunakan ialah seperti Netscape dan Internet Explorer.
Untuk mencapai suatu laman web, pengguna perlu menyatakan alamat URL bagi laman tersebut. Browser kemudiannya akan mencapai laman tersebut dan memaparkannya kepada pengguna. Untuk mencapai laman web, browser perlu terlebih dahulu membuat sambungan TCP kepada pelayan web pada pangkalan 80. Komunikasi antara browser dan pelayan dilakukan dengan menggunakan protokol khas yang dikenali sebagai HTTP (Hiperteks Transfer Protocol). Antara perintah HTTP disenaraikan dalam jadual seperti di bawah:-

 

Nama

Penerangan

GET

Permintaan untuk membaca satu laman web.

HEAD

Permintaan untuk membaca kepala laman web.

PUT

Permintaan untuk menyimpan laman web.

POST

Menambah kandungan satu laman web.

DELETE

Membuang laman web

LINK

Menyambung dua sumber

UNLINK

Memutuskan hubungan antara dua sumber.

Jadi, langkah yang digunakan oleh browser untuk mencapai laman dan memapar laman web adalah seperti berikut:-

  1. Tentukan URL yang dikehendaki.
  2. Dapatkan alamat IP bagi pelayan yang dinyatakan oleh URL.
  3. Browser kemudiannya membuat sambungan TCP menggunakan pengkalan 80 kepada pelayan web tersebut.
  4. Ia menghantar perintah GET dan nama fail.
  5. Pelayan web akan menghantar fail yang dikehendaki
  6. Sambungan TCP diputuskan.
  7. Browser memaparkan fail tersebut dalam bentuk teks dan imej.

 

PENYUNTING WEB (Web page editor.)

Web page editor merupakan ketegori program atau perisian grafik yang paling kompleks dan mempunyai pelbagai kelebihan. Contohnya ia boleh digunakan untuk memanipulasi atau meminda kecerahan dan ketajaman corak, corak dan tektur pada sesebuah imej, sehinggalah kepada memanipulasi imej-imej yang dikehendaki.

   

 

Home | Perisian | Komponen Utama | Elemen Rekabentuk | Pangkalan Data | Kegunaan Internet | Perisian Editor | Pelayar Dan Penyunting

This site was last updated 05/24/06