Make your own free website on Tripod.com
  Pangkalan Data

24-05-2006

Home
Perisian
Komponen Utama
Elemen Rekabentuk
Pangkalan Data
Kegunaan Internet
Perisian Editor
Pelayar Dan Penyunting

 

 

OBJEK-OBJEK PENGKALAN DATA MICROSOFT ACCESS 2000

     Di samping jadual, pangkalan data Microsoft Access juga mengandungi komponen-komponen lain yang mana dipanggil sebagai objek. Objek pangkalan data (Database object) ialah satu komponen pangkalan data yang memberikan tugas tertentu. Setiap objek pangkalan data adalah kepunyaan satu kategori objek yang dikenali sebagai kelas (class). Contohnya, satu jadual untuk menyimpan maklumat senarai telefon adalah satu contoh khusus suatu objek jadual. Jadual (table), kuiri (query), borang (form), laporan (report), laman (pages), makro (macro) dan modul (module) merupakan semua kelas bagi objek pangkalan data. Kegunaan bagi setiap objek disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah.
 

Kelas objek

Kegunaan

Jadual (Table)

Suatu koleksi yang terurus baris dan lajur yang digunakan untuk menyimpan data medan.

Kuiri (Query)

Suatu objek yang digunakan untuk melihat, mengubah dan mengurus data.

Borang (Form)

Suatu objek grafik yang memaparkan data dari jadual atau kuiri dalam format yang mudah untuk digunakan.

Laporan (Report)

Suatu objek yang digunakan untuk mempersembahkan data dalam format bercetak.

Laman (Pages)

Merupakan fail HTML yang direkabentuk dalam Access dan diformat untuk dipaparkan dalam satu Web browser.

Makro (Macro)

Set bagi satu atau lebih tindakan yang digunakan untuk mengautomatik tugas-tugas biasa seperti membuka borang atau mencetak laporan.

Modul (Module)

Koleksi komponen aturcara penggunaan bahasa Visual Basic yang disimpan bersama sebagai satu unit.

TIP: Makro dan Modul merupakan objek pangkalan data yang kompleks.Dalam modul pembelajaran ini, anda akan belajar merekabentuk dan menggunakan jadual, kuiri, borang dan laporan.
 

       Dalam Microsoft Access, objek pangkalan data yang dicipta disimpan dalam fail pangkalan data tunggal dengan sambungan nama fail .mdb. Rumusannya :-

  •  Jadual yang digunakan untuk menyimpan maklumat medan dan rekod merupakan objek utama dalam pangkalan data Microsoft Access. Jadi, sekurang-kurangnya satu jadual perlu dicipta terlebih dahulu sebelum mencipta objek lain.
  • Kuiri yang membolehkan data diurus dan dilihat mengikut cara yang berbeza-beza selalunya bergantung kepada satu atau lebih jadual. Kuiri juga boleh memaparkan data dari kuiri yang lain.
  •  Borang digunakan untuk membuat suatu jadual atau kuiri lebih mudah digunakan dan tidak membosankan. Dalampangkalan data yang direkabentuk dengan sempurna, pengguna bekerja dengan rekod dan data medan menerusi borang, bukannya pada peringkat jadual. Borang juga selalunya direkabentuk untuk menghalang pengguna daripada membuat perubahan yang tidak disengajakan boleh merosakkan data dalam jadual.
  • Borang dan laman adalah sesuai untuk memaparkan data pada skrin manakala laporan digunakan untuk memformat data dari jadual / kuiri untuk output bentuk bercetak.

     

 

Home | Perisian | Komponen Utama | Elemen Rekabentuk | Pangkalan Data | Kegunaan Internet | Perisian Editor | Pelayar Dan Penyunting

This site was last updated 05/24/06