Make your own free website on Tripod.com
  Elemen Rekabentuk

24-05-2006

Home
Perisian
Komponen Utama
Elemen Rekabentuk
Pangkalan Data
Kegunaan Internet
Perisian Editor
Pelayar Dan Penyunting

 


ELEMEN REKABENTUK

        Rekabentuk laman web yang baik menggunakan kesemua eleman-eleman yang ada dalam multimedia seperti imej, audio, teks, video dan grafik. Elemen-eleman ini sangat penting dalam pembangunan sesebuah laman web. Sesebuah laman web yang baik dan menarik akan menggabungkan kesemua elemen-elemen ini supaya laman web yang dibangunkan dapat menarik perhatian pengguna untuk melayari laman tersebut.

         Rekabentuk laman web terbahagi kepada dua bahagian, iaitu format halaman dan juga kandungan maklumat dalam laman web tersebut. Kebanyakkan rekabentuk laman web menggunakan format halaman yang hampir sama, iaitu dari segi kedudukan menu-menu utama, kekotak carian, paparan maklumat utama, papan iklan dan sebagainya. Rekabentuk laman web ini mestilah memenuhi heuristik-heuristik kebolehgunaan antaramuka pengguna.

         Kandungan sesebuah laman web pula bergantung kepada jenis laman web yang dibangunkan. Sekiranya laman web yang dibangunkan tersebut adalah untuk sesebuah syarikat, halamannya akan memaparkan maklumat yang berkaitan dengan syarikatnya. Begitu juga sekiranya laman web yang dibangunkan itu adalah sebuah enjin carian, maklumat yang dipaparkan berkaitan dengan maklumat untuk membuat carian. Walau apa jenis laman yang dibangunkan, setiap laman web yang dibangunkan itu mestilah mengandungi elemen

 

ELEMEN DALAM DOKUMEN WEB

       Matlamat penyediaan laman web, antara lain, adalah untuk berkongsi maklumat dengan pengunjung yang melayari internet. Teks merupakan elemen asas yang perlu ada dalam setiap dokumen web. Selain daripada teks, elemen-elemen lain juga boleh dimasukkan untuk menjadikan sesuatu dokumen web itu lebih menarik. Di antara elemen yang boleh dimasukkan adalah:

  • Grafik

  • Jadual

  • Bingkai (frame)

  • Bunyi

  • Capaian

  • Buku pelawat

  • Counter

  • Teks marquee

 

REKABENTUK LAMAN WEB

       Laman web yang juga dipanggil sebagai homepage merupakan laman utama yang diakses oleh pengunjung internet. Apabila anda merancang membina laman web, anda perlu mengambil kira apakah matlamat laman web dan kumpulan sasar.Sediakan struktur direktori dan storyboard supaya dapat membantu anda dalam pembinaan laman web.Pada kebiasaannya, anda tidak akan memasukkan semua maklumat dalam laman web tersebut. Sebaliknya, anda akan
menyediakan capaian kepada dokumen web tambahan serta capaian ke laman web lain bagi membolehkan pelayar mendapatkan maklumat lanjut yang diperlukan. Antara ciri rekabentuk laman web yang baik ialah paparan yang simple dan mudah dilayari dan capaian yang berfungsi. Gambarajah di bawah merupakan satu contoh laman web.
 



ORGANISASI FAIL DAN FOLDER

        Pada kebiasaannya, semua fail laman web yang disediakan disimpan dalam folder My Webs. Folder ini adalah sub-folder kepada folder My Documents. Jika fail dokumen web yang anda sediakan tidak banyak, anda boleh simpan semua fail ini dalam folder ini. Namun, jika anda mempunyai fail yang banyak, ada lebih baik anda menyimpan fail-fail ini dalam sub-folder yang berlainan. Dengan cara ini organisasi fail anda akan lebih sistematik dan mudah dicari. Sebagai contoh, anda mengajar 3 subjek. Anda mempunyai bilangan fail yang banyak bagi setiap subjek. Anda boleh membuat 4 sub-folder dalam My Webs; satu bagi setiap subjek dan sub-folder keempat untuk memuatkan fail grafik anda.
 



 

 

Home | Perisian | Komponen Utama | Elemen Rekabentuk | Pangkalan Data | Kegunaan Internet | Perisian Editor | Pelayar Dan Penyunting

This site was last updated 05/24/06